Wednesday, October 6, 2010

Rekod Tidak Lengkap

Pengenalan

• Rekod tidak lengkap adalah satu cara merekod data perakaunan yang tidak mengikut sistem catatan bergu.
• Rekod ini juga dikenali sebagai sistem catatan tunggal di mana urus niaga dicatat sekali sahaja.
• Catatan tunggal ini biasanya amalkan oleh perniagaan-perniagaan kecil seperti kedai runcit, kedai buku dan sebagainya.
• Pada umumnya, rekod-rekod yang disimpan merangkumi:
a. rekod penerimaan dan pembayaran wang
b. baki tunai di tangan dan di bank
c. rekod mengenai penghutang dan pemiutang
d. rekod yang berkaitan dengan aset dan liabiliti yang dimiliki



Kelemahan Sistem Catatan Tunggal

• Imbangan duga tidak dapat disediakan kerana amaun debit dan kredit tidak seimbang. Maka ketepatan kerja merekod tidak dapat diperiksa.
• Tiada rekod disimpan untuk modal, aset-aset, liabiliti dan sebagainya.
• Sukar untuk mengesan kesilapan dan catatan-catatan yang salah mudah dilakukan.
• Kawalan atas kos serta perbelanjaan perniagaan menjadi rumit kerana maklumat hasil dan belanja tidak dicatat dengan lengkap.
• Taksiran tentang untung dan rugi perniagaan tidak tepat kerana catatan belian, jualan, hasil dan belanja tidak lengkap. Maka perbandingan prestasi perniagaan tahun-tahun sebelumnya sukar dibuat.



Kelebihan Sistem Catatan Bergu

• Mengesan kesilapan dengan lebih mudah dan dapat membetulkan kesilapan dengan senang.
• Membolehkan penggunaan:

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

• Tanpa penggunaan sistem catatan bergu, persamaan perakaun tidak seimbang.



Penentuan Untung dan Rugi

• Untung bersih boleh ditentukan dengan langkah-langkah seperti berikut:
o Cari perbezaan antara modal awal dengan modal akhir untuk mengira untung.
o Campurkan perbezaan dengan ambilan sama ada dalam bentuk tunai atau stok dan menolak penambahan modal baru.

Ilustrasi:

Modal pada akhir tempoh x x
(–) Modal pada awal tempoh (x x)
Tambahan modal x x
(+) Ambilan x x
(–) Modal tambahan (x x)
Untung/Rugi pada xx/xx/xx x x

Kesimpulannya:
o Apabila berlakunya peningkatan di dalam modal setelah ambilan diambil kira, keuntungan diperolehi.
o Jika berlakunya pengurangan, kerugian diiktiraf.

No comments:

Post a Comment