Hasil adalah segala penerimaan yang menambahkan pendapatan sesuatu perniagaan. Iannya terbahagi kepada dua bahagian iaitu penerimaan hasil dan penerimaan modal.
Penerimaan hasil adalah penerimaan yang berkaitan dengan urusniaga biasa bagi sesuatu syarikat. Urusniaga boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu urusniaga daripada hasil tujuan perniagaan ditubuhkan dan hasil selain daripada tujuan perniagaan ditubuhkan. Sebagai contoh, Syarikat Sepakat ditubuhkan dengan tujuan untuk menghasil dan menjual kasut keselamatan. Hasil simpanan jualan disimpan didalam bank dimana setiap simpanan akan diberikan faedah oleh pihak bank tersebut. Hasil jualan kasut tersebut dikira sebagai hasil daripada tujuan penubuhan perniagaan manakala faedah yang diterima dari pihak bank dikira bukan hasil daripada tujuan perniagaan. Contoh lain seperti komisen diterima, diskauan diterima, hutang lapuk terpulih dan sebagainya.
Penerimaan modal adalah penerimaan daripada sumber-sumber yang mengerakkan syarikat dan menambahkan pendapatan syarikat pada suatu tempoh yang lama. Iannya mempengaruhi perjalanan dan operasi syarikat tersebut serta untung pada suatu tempoh yang lama. Contoh seperti modal, saham, jualan aset tetap, pinjaman perniagaan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment