Thursday, September 16, 2010

Perbelanjaan

Perbelanjaan ditakrifkan sebagai perbelanjaan yang diguna oleh perniagaan dengan tujuan untuk membantu dan melancarkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan dalam usaha untuk mendapatkan untung. Perbelanjaan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu perbelanjaan hasil dan perbelanjaan modal.

Perbelanjaan hasil adalah pembelian barangan dan pembayaran untuk tujuan pentadbiran, operasi dan kewangan syarikat dimana iannya mengurangkan jumlah keuntungan yang diterima. Perbelanjaan hasil berlaku dalam jangka masa yang pendek dan berulang kali dengan tujuan untuk mendapatkan untung. Contoh perbelanjaan seperti belian baramngniaga, sewa, iklan, susut nilai dan lain-lain lagi.

Perbelanjaan modal adalah perbelanjaan didalam pembelian ataupun pengantian aset tetap. Perbelanjaan ini berlaku dalam jangka masa yang panjang dan bukan berulang kali. Perbelanjaan modal tidak memberi kesan keatas keuntungan yang diterima oleh syarikat dimana catatannya direkod didalam kunci kira-kira. Contoh perbelanjaan ini seperti belian aset tetap, yuran guaman pembelian aset tetap, penambahan aset tetap dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment