Di dalam menyediakan laporan kewangan, yang baik adalah perlu matlamat yang hendak dicapai dikenalpasti oleh pihak pengurusan. Konsep-konsep perakaunan menjelaskan objektif-objektif untuk penyata kewangan tersebut di dalam mengumpul, merekod, mengkelas dan menyampaikan maklumat-maklumat kewangan.
Usaha Berterusan
Operasi perniagaan hendaklah di anggap sebagai usaha berterusan. Ini bermakna, perniagaan di andaikan bahawa tidak akan dibubarkan pada bila-bila masa. Apabila perniagaan dianggap tidak beroperasi di masa akan datang, maklumat-maklumat kewangan tidak boleh digunakan lagi kerana nilai pasaran adalahlebih bermakna untuk pembubaran.
Kos Sejarah
Merupakan asas bagi penilaian rekod-rekod perakaunan. Kos sejarah adalah nilai yang sebenarnya dibayar bagi perjalanan kewangan dan operasi syarikat. Nilai bagi belian akan kekal di dalam buku perakaunan walaupun nilai pasarannya berubah.
Tempoh Perakaunan
Sesuatu organisasi di dalam menyediakan maklumat perniagaan perlu menetapkan tempoh atau jangka masa waktu perakaunan. Ianya penting di dalam menetukan prestasi syarikat apabila perbandingan dilakukan antara dua tempoh perakaunan. Secara amnya, tempoh perakaunan ialah satu tahun tetapi untuk mencapai maksud atau tujuan tertentu, tempoh satu minggu, satu bulan suku tahun dan sebagainya digunakan.
Tindakan berhati-hati/ konvertisme
Keadaan kewangan atau prestasi sesebuah operasi tidak dapat ditentukan. Pemilihan kaedah perakaunan hendaklah diamalkan dengan berhati-hati supaya nilai asset dan pendapatan tidak terlebih nyata. Prinsip ini mengalakkan nilai liabiliti dinyatakan dengan nilai yang tinggi manakala nilai aset dinyatakan nilai yang terendah.
Kepentingan Nilai Mengatasi Bentuk (substance over form)
Urusniaga–urusniaga hendaklah mengikut kepentingan nilai dan bukan atas sifatnya dan kelazimannya. Apabila urusniaga tersebut tidak dapat ditunjukkan maka sebab-sebab tidak dapat ditunjukkan hendaklah diterangkan dengan kelas dalamnota akaun.
Pemadanan
Untuk mendapatkan untung ataupun rugi bersih perniagaan, hasil dan belanja bagi tahun perakaunan hendaklah dibezakan. Bagi mendapatkan untung ataupun rugi yang tepat, perbezaan hasil dan belanja hendaklah dipadankan bagi tahun berkenaan sahaja.
Pengukuran nilai
Pengrekodan maklumat perakaunan hendaklah diukur atau dinilai di dalam bentuk nilai matawang. Konsep ini membolehkan aktiviti-aktiviti perniagaan diberi nilai dalamlaporan kewangan.
No comments:
Post a Comment