Hasil adalah segala penerimaan yang menambahkan pendapatan sesuatu perniagaan. Iannya terbahagi kepada dua bahagian iaitu penerimaan hasil dan penerimaan modal.
Penerimaan hasil adalah penerimaan yang berkaitan dengan urusniaga biasa bagi sesuatu syarikat. Urusniaga boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu urusniaga daripada hasil tujuan perniagaan ditubuhkan dan hasil selain daripada tujuan perniagaan ditubuhkan. Sebagai contoh, Syarikat Sepakat ditubuhkan dengan tujuan untuk menghasil dan menjual kasut keselamatan. Hasil simpanan jualan disimpan didalam bank dimana setiap simpanan akan diberikan faedah oleh pihak bank tersebut. Hasil jualan kasut tersebut dikira sebagai hasil daripada tujuan penubuhan perniagaan manakala faedah yang diterima dari pihak bank dikira bukan hasil daripada tujuan perniagaan. Contoh lain seperti komisen diterima, diskauan diterima, hutang lapuk terpulih dan sebagainya.
Penerimaan modal adalah penerimaan daripada sumber-sumber yang mengerakkan syarikat dan menambahkan pendapatan syarikat pada suatu tempoh yang lama. Iannya mempengaruhi perjalanan dan operasi syarikat tersebut serta untung pada suatu tempoh yang lama. Contoh seperti modal, saham, jualan aset tetap, pinjaman perniagaan dan sebagainya.
Thursday, September 16, 2010
Penyata Pendapatan
Adalah gabungan Akaun perdagangan dan Akaun Untung Rugi dalam bentuk penyata. Penyata pendapatan menunjukkan jumlah pendapatan dan perbelanjaan yang berlaku di dalam syarikat di mana, pada tahun kewangan tertentu syarikat memperolehi keuntungan ataupun kerugian.
Cth 2.1.1
Nama Syarikat
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Dis…………
RM RM
Jualan
Tolak: Kos Barang Jualan
Stok awal
Belian
Angkutan Masuk
Tolak: Stok Akhir
Untung Kasar
Campur: Hasil
Diskaun Diterima
Komisen Diterima
Faedah Diterima
Tolak: Belanja
Sewa
Diskaun Diberi
Angkutan Keluar
Gaji
Utiliti
Untung Bersih

Fungsi-Fungsi Perakaunan
Membuat keputusan
Rekod-rekod perakaunan yang disediakan boleh membantu didalam merangka keputusan-keputusan yang bakal dibuat. Rekod-rekod yang disediakan pada tahun sebelumnya boleh dijadikan asas bagi mengelakkan daripada berlakunya kesilapan dan mengurangkan kelemahan didalam merangka strategi dan polisi syarikat.
Menguruskan kegiatan perniagaan
Perjalanan syarikat menjadi lebih lancar dan tersusun kerana segala urusan telah direkod dengan baiknya. Data-data tersebut boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti syarikat seperti jumlah baki bank untuk urusan perbelanjaan mahupun jumlah baki penghutang untuk mendapatkan kembali hak syarikat.
Mengawal aktiviti-aktiviti perniagaan
Kedudukan perniagaan boleh diteliti melalui rekod kewangan. Segala perbelanjaan dan penerimaan dikemaskini bagi mengelakkan data-data tertinggal. Sebarang aktivit-aktiviti penipuan yang mungkin berlaku melibatkan sumber kewangan syarikat yang boleh dikesan jika ianya berlaku.
Merancang perjalanan syarikat
Rekod-rekod kewangan sebelum mahupun semasa digunakan untuk merancang operasi syarikat. Angka-angka rekod tersebut digunakan sebagai asas bagi merancang, dan menganalisa kemungkina-kemungkinan yang akan berlaku bagi melancarkan perjalanan syarikat yang tentunya menghadapi saingan yang ketat daripada pesaingnya.

Konsep-Konsep Asas Perakaunan
Di dalam menyediakan laporan kewangan, yang baik adalah perlu matlamat yang hendak dicapai dikenalpasti oleh pihak pengurusan. Konsep-konsep perakaunan menjelaskan objektif-objektif untuk penyata kewangan tersebut di dalam mengumpul, merekod, mengkelas dan menyampaikan maklumat-maklumat kewangan.
Usaha Berterusan
Operasi perniagaan hendaklah di anggap sebagai usaha berterusan. Ini bermakna, perniagaan di andaikan bahawa tidak akan dibubarkan pada bila-bila masa. Apabila perniagaan dianggap tidak beroperasi di masa akan datang, maklumat-maklumat kewangan tidak boleh digunakan lagi kerana nilai pasaran adalahlebih bermakna untuk pembubaran.
Kos Sejarah
Merupakan asas bagi penilaian rekod-rekod perakaunan. Kos sejarah adalah nilai yang sebenarnya dibayar bagi perjalanan kewangan dan operasi syarikat. Nilai bagi belian akan kekal di dalam buku perakaunan walaupun nilai pasarannya berubah.
Tempoh Perakaunan
Sesuatu organisasi di dalam menyediakan maklumat perniagaan perlu menetapkan tempoh atau jangka masa waktu perakaunan. Ianya penting di dalam menetukan prestasi syarikat apabila perbandingan dilakukan antara dua tempoh perakaunan. Secara amnya, tempoh perakaunan ialah satu tahun tetapi untuk mencapai maksud atau tujuan tertentu, tempoh satu minggu, satu bulan suku tahun dan sebagainya digunakan.
Tindakan berhati-hati/ konvertisme
Keadaan kewangan atau prestasi sesebuah operasi tidak dapat ditentukan. Pemilihan kaedah perakaunan hendaklah diamalkan dengan berhati-hati supaya nilai asset dan pendapatan tidak terlebih nyata. Prinsip ini mengalakkan nilai liabiliti dinyatakan dengan nilai yang tinggi manakala nilai aset dinyatakan nilai yang terendah.
Kepentingan Nilai Mengatasi Bentuk (substance over form)
Urusniaga–urusniaga hendaklah mengikut kepentingan nilai dan bukan atas sifatnya dan kelazimannya. Apabila urusniaga tersebut tidak dapat ditunjukkan maka sebab-sebab tidak dapat ditunjukkan hendaklah diterangkan dengan kelas dalamnota akaun.
Pemadanan
Untuk mendapatkan untung ataupun rugi bersih perniagaan, hasil dan belanja bagi tahun perakaunan hendaklah dibezakan. Bagi mendapatkan untung ataupun rugi yang tepat, perbezaan hasil dan belanja hendaklah dipadankan bagi tahun berkenaan sahaja.
Pengukuran nilai
Pengrekodan maklumat perakaunan hendaklah diukur atau dinilai di dalam bentuk nilai matawang. Konsep ini membolehkan aktiviti-aktiviti perniagaan diberi nilai dalamlaporan kewangan.

Subscribe to:
Posts (Atom)